Andainya Takdir Episod 06

Fatihah menangis dalam bilik sambil urut kakinya. Handphone berkecai. Di pintu ketukan bertalu dan rayuan Airil minta maaf kedengaran namun tak dipeduli. Normah tayang gelang emas barunya pada org kampung, puji anak-anaknya selalu bagi hadiah mahal walau tak mintak pun. Padahal paksa anak menantu beli. Limah paling menyampah pada Normah sebab selalu perlekehkan dia yang kerja jual kain baju dengan bayaran ansur. Jadi apalah sangat untungnya. Fatihah di pejabat ditegur kawannya sebab jalan terhencut-hencut. Fatihah cakap dia tergelincir masa turun tangga dan tergeliat. Bos bising sebab Fatihah datang lambat dan telefon tak dapat. Fatihah cakap telefon dia rosak. Tengahari itu mereka nak makan di luar tapi tiba-tiba Airil datang bawa bunga sekuntum dan paper beg berisi handphone baru. Semua kawan Fatihah terutama Liza puji bertuah dan Airil romantik. Fatihah tak jadi makan dengan mereka. Airil minta maaf dan janji takkan buat lagi.

(Visited 660 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *