Cucu Tauke Beras

Terbitan A.Aida Production Sdn Bhd dan arahan Khalid Nadzri, drama Cucu Tauke Beras baru bersiaran hari ini di Slot Dahlia TV3. Menampilkan gandingan Azrel Ismail dan Zahirah Macwilson sebagai pelakon utama.

Klik Disini untuk Tonton Drama

Para Pelakon

Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Tania Hudson, Ariff Aziz, Afzan A.Rahman, Idris Mat Diah, Catriona Ross, Zizan Nin, Farisha Irwayu, Aneez Arifin, Qazem Nor, Kay Maria

Nur Zahirah binti Zanol Johari MacWilson (lahir 1 Februari 1995) atau lebih dikenali sebagai Zahirah MacWilson adalah pelakon wanita dan model dari Malaysia.

Beliau baru mula menjinakkan diri dalam bidang lakonan dan telah membintangi beberapa buah drama dan telemovie. Beliau berketurunan Australia dan Melayu. Zahirah menjadi model waktu berusia 12 tahun, beliau merupakan anak sulung dari empat adik-beradik. Bapanya, Zainol MacWilson merupakan bekas penyampai berita TV3.

Azrel Ismail (dilahirkan pada 16 Januari 1984) merupakan seorang pelakon dan model yang berasal dari Taiping, Perak, Malaysia. Beliau pernah menyertai Pertandingan Lelaki Maskulin pada tahun 2009. Selain itu wajahnya juga seiras dengan pelakon terkenal, Remy Ishak.

 

Sinopsis Cucu Tauke Beras

Kisah Irsha, gadis cantik dan sombong dihantar pulang ke kampung ketika cuti semester untuk tinggal bersama atuknya demi mendapatkan duit untuk membayar yuran pelajaran. Dia terkejut apabila mendapati bahawa atuknya merupakan pemilik syarikat beras dan menyangka semuanya akan menjadi mudah. Tetapi indah khabar dari rupa apabila dia harus membuat kerja menanam padi. Hidupnya berubah apabila dia bertemu dengan Harris.

Jangan lupa saksikan 20 episod drama Cucu Tauke Beras ini setiap Jumaat hingga Ahad jam 6.58 petang di TV3.

Tonton Drama-drama Melayu Yang Lain Disini

 

(Visited 153 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *