Encik Suami Mat Salih Celup Episod 02

Angah gelakkan Iman yang menceritakan pengalaman pecut larinya bila Ian Hadif datang ke butiknya. Iman tak sangka anak Aunty Julia itu muka Mat Salih sebijik. Dia lupa yang Aunty Julia bernikah dengan Mat Salih. Walaupun masih terkejut dan blur dengan putus tunanganya, Iman sibuk juga dengan butik perkahwinannya.

Dan Iman juga rasa tertekan dengan abangnya, Along yang selalu seperti menyalahkan dia. Namun Angah tetap memujuk. Tanpa pengetahuan Iman, Along bertemu dengan Naim untuk penjelasan. Tapi diakhiri dengan Naim kenyang makan penumbuk alongnya. Ian Hadif blur dan tak sangka Iman boleh lari begitu saja lepas tau dia siapa. Dia perlukan penjelasan daripada Iman tentang perkahwinan yang diatur keluarga mereka. Tapi Iman pula angkat kaki. Ian yang tak mesra dengan Uminya banyak berbincang dengan walidnya. Ada sejarah yang menyebabkan Ian seperti berdendam dengan Uminya. Walaupun walidnya minta dia lupakan yang lepas tapi Ian tetap dingin dengan Uminya.

(Visited 421 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *