Encik Suami Mat Salih Celup Episod 10

Iman, Ian dan ibu mereka keluar bersama menempah baju pengantin dan cincin. Kerana Ian yang acuh tak acuh terhadap semua perkara, Iman sengaja mengusik Ian dengan pelbagai perkara hingga menimbulkan kegeraman pada Ian dan gelak tawa pada ibu mereka. Sedikit sebanyak, sikap Ian yang serius dan adakala blur dan sinis itu berjaya juga menghiburkan hati Iman dan langsung melupakan Naim.

Sebelum Ian pulang ke UK, semua memberi pesan kepada Ian dan Iman pun terpaksa beri pesanan juga bila semua menunggu kata-kata selamat tinggalnya pada Ian. Akhirnya Iman minta Ian balik semula ke Malaysia dan jangan lari daripada pernikahan mereka. Ian berjanji dan menyindir Iman yang selepas itu Iman akan mengadapnya 24/7 dan suruh makan lebih supaya lebih tinggi. Angah mengusik dan memberi nasihat kepada Iman yang beralih tengok drama dari British saja kerana rindukan Ian. Tapi Iman menafikannya. Sebenarnya di belakang mereka, Iman teruja gedik juga dapat keluar dan bakal suaminya Mat Salleh.

(Visited 115 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *