Kasih Seorang Ayah [2017] – Shukri Yahaya, Mia Ahmad, Eman Manan

Jangan lupa saksikan telefilem Kasih Seorang Ayah gandingan mantap Shukri Yahya, Eman Manan, Mia Ahmad dan Amyza Aznan. Diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar. Akan mengisi slot Cerekarama di TV3 pada Sabtu, 29 Julai 2017, pukul 9.00 malam.

JUDUL : KASIH SEORANG AYAH 
TARIKH / MASA : Sabtu, 29 Julai 2017. 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Datuk Ahmad Tamimi Siregar Kamarudin
TERBITAN : Mache Allstar United
PELAKON : Shukri Yahaya, Mia Ahmad, Eman Manan, Datuk Ahmad Tamimi, Amyza Aznan, Azlan Komeng, Halimah Alias

SINOPSIS KASIH SEORANG AYAH 
Pak Yusof, seorang penulis khat termasyur, mula rasakan yang sudah tiba masanya untuk Husin, teruskan perniagaan penulisan khat miliknya. Pak Yusof minta Husin bantunya untuk siapkan tulisan khat yang ditempah oleh Hj Hatta, pelangan tetapnya.

Namun, Husin tolak pelawaan Pak Yusof kerana dia sudah dapat kerja baru di bandar. Pak Yusof terpaksa siapkan tulisan khat itu secara sendirian. Dalam diam, Pak Yusof rasa sedih apabila melihat Husin, satu-satunya anak lelaki harapan langsung tidak minat untuk teruskan legasi seni tulisan khatnya itu. Ketika di pejabat, Husin dikejutkan dengan satu panggilan dari isterinya, Aminah, yang memberitahu ayahnya,

Pak Yusof tidak pulang ke rumah sejak keluar pagi tadi. Selepas puas mencari, Husin temui Pak Yusof di perhentian bas dalam ketakutan. Pak Yusof telah lupa jalan balik dan tidak tahu di mana dia berada. Husin yang menyangka Pak Yusof terlalu penat, langsung tidak bercadang untuk bawa Pak Yusof ke hospital untuk diperiksa.

(Visited 104 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *