Ku Kirim Cinta Episod 10

Maisara begitu gembira dengan kepulangan Nisha. Manakala Nordin pula hampir setiap hari akan berkunjung ke resort Maisara dengan alasan untuk melihat perkembangan resort. Nordin turut mendesak Nisha supaya mengambil alih pengurusan resort dan seperti biasa dia akan bersungguh-sungguh memberitahu yang dia akan memberi segala bantuan yang diperlukan oleh Maisara dan Nisha. Maisara juga turut mendesak Nisha menguruskan resort tetapi Nisha lebih berminat untuk mencari pekerjaan di Kuala Lumpur. Maisara terkilan. Liyana tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh Farhan terhadap Nisha. Walaupun semua orang melihat dia sebagai seorang tomboy namun dia dapat rasa betapa seksanya perasaan Nisha yang bertahun memendam rindu terhadap Zarul tetapi ketika pulang, orang yang dirindui dan ditunggu, tidak kunjung tiba. Farhan terpukul dengan kata-kata Liyana. Mesej dan ayat-ayat cinta Nisha dibaca berulangkali. Manakala Nisha pula sering melayan perasaan kecewanya dengan mengharapkan sebaris mesej.

(Visited 120 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *