Ku Kirim Cinta Episod 12

Nisha banyak menghabiskan masanya dengan termenung di tepi pantai sehingga menimbulkan syak wasangka Maisara. Farhan makin rasa bersalah apabila melihat Nisha yang sering termenung di tepi pantai. Akhirnya Farhan mencari kekuatan dengan menghantar whasApp kepada Nisha dan meminta maaf dengan sikapnya selama ini yang berdiam diri. Nisha teruja menerima whasApp Zarul dan mendesak untuk mengetahui kenapa Zarul sanggup berbuat sedemikian. Farhan yang meminta Nisha melupakan diri dan kalau boleh membenci dia selama-lamanya. Nisha enggan selagi dia tidak dapat berjumpa dengan Zarul. Farhan enggan berjumpa dengan Nisha. Nisha menelefon Zarul, Farhan tidak menjawab. Nisha hantar mesej supaya Zarul menjawab panggilannya namun Farhan tetap berdiam diri. Tindakan Farhan menghantar whatsApp kepada Nisha bukan dapat melegakan perasaan Farhan tetapi sebaliknya. Dia makin tertekan. Haji Shuib yang perasan dengan Farhan yang sentiasa gelisah, cuba bertanya untuk membantu menyelesaikan masalah Farhan.

(Visited 104 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *