Ku Kirim Cinta Episod 13

Ketika pulang ke rumah Haji Shuib, Farhan telah ditahan oleh Nordin. Nordin mengesyaki kedatangan Farhan ke kampung tersebut bukan hendak belajar agama dengan Haji Shuib tetapi ada maksud untuk mengacau dan mengganggu Nisha. Farhan menafikan dan dia kebetulan ke pantai dan ternampak Nisha. Farhan juga mendakwa Nisha adalah kawannya dan dia tidak berjumpa dengan Nisha di pantai tadi kerana dia menghormati bulan Ramadan. Bagaimanapun Nordin tidak mempercayainya. Haji Shuib pula mengesyaki sesuatu apabila apa yang diajar olehnya tentang agama, begitu mudah difahami dan dilakukan oleh Farhan. Farhan seolah-olah telah tahu tentang hal-hal agama, termasuk dalam membaca al-Quran. Tapi Haji Shuib hanya berdiam diri dan memerhatikan Farhan secara sembunyi-sembunyi. Tindakannya mendakwa Nisha adalah rakannya di depan Nordin, menyebabkan Farhan bimbang akan bertanya kepada Nisha. Justeru, dia mula mencari jalan untuk berkenalan dengan Nisha.

(Visited 121 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *