Ku Kirim Cinta Episod 14

Farhan memberitahu Haji Shuib yang dia hendak pulang ke KL bagi menyelesaikan masalah keluarga. Haji Shuib akur walaupun dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Dalam waktu yang sama, Nisha sudah pun berada di KL. Oleh kerana dia hanya mengetahui di mana pejabat ayah Zarul, Nisha ke pejabat Hamid. Hamid terkejut dengan kehadiran Nisha. Nisha terkejut apabila Hamid memberitahu yang Zarul sudah meninggal dunia tetapi dia tetap tidak percaya. Sebaliknya Nisha memuduh Hamid sengaja hendak memutuskan hubungan dia dengan Zarul. Hamid yang terkilan dengan sikap Nisha, meminta Nisha ke rumahnya berjumpa dengan Fatimah untuk bertanya keadaan yang sebenarnya. Nisha berjumpa dengan Fatimah. Fatimah mengamuk apabila Nisha inginkan kepastian benarkah Zarul telah meninggal dunia. Fatimah mengamuk dan menghalau Nisha apabila Nisha bertanya sedemikian. Dia bertegas mengatakan yang Zarul masih hidup. Ini menyebabkan Nisha merasakan Hamid cuba berbohong.

(Visited 128 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *