Ku Kirim Cinta Episod 15

Haji Shuib terkilan dengan apa yang berlaku ke atas Farhan. Dia mendesak untuk mengetahui sebab sebenar Farhan ke kampungnya. Akhirnya Farhan memberitahu yang dia ke kampung berkenaan untuk memikat Nisha dengan alasan dia telah jatuh cinta pada Nisha. Nordin pula mendesak Haji Shuib menghalau Farhan pulang ke KL kerana Farhan dianggap sebagai orang luar yang cuba membawa onar dalam kampung mereka. Nisha yang rasa bersalah dengan apa yang berlaku ke atas Farhan gara-garanya, mengakui di depan Nordin yang Farhan adalah kawannya. Dia endah tidak endah melayan Farhan selama ini kerana mereka sebenarnya sedang bergaduh. Nordin bertambah kurang senang dengan Farhan mendengar pengakuan Nisha dan terus terang juga Nordin memberitahu yang dia sebenarnya jatuh cinta pada Nisha dan ingin memperisterikan Nisha. Salmi terkejut apabila Hamid memberitahu yang dia mahu menghalalkan hubungan mereka selepas Hari Raya nanti. Salmi serba salah dan meminta Hamid bersabar.

(Visited 193 times, 4 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *