Ku Kirim Cinta Episod 25

Keadaan menjadi gempar apabila Maisara terjumpa baju Farhan dalam bilik Nisha. Nordin pula yakin lelaki yang dilihat keluar dari rumah Maisara adalah Farhan. Haji Shuib pula bertegas yang Farhan pulang ke KL atas urusan keluarga. Bagaimanapun masing-masing yang menyerbu rumah Maisara tidak percaya. Nisha bertegas dia tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk dengan Farhan. Liyana pula mengakui memang dia mencuri duit Nordin ketika dia bekerja di resort Nordin dan duit itu telah digunakan untuk membiayai dia menyambung pelajaran. Farhan terkilan dengan sikap Liyana lalu meninggalkan Liyana yang kecewa dengan pengakuannya sendiri. Farhan kembali ke rumah Zainab. Dia amat tertekan dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Sebelum pergi, Farhan meninggalkan nota untuk Zainab dan berkunjung pula ke rumah Fatimah. Dia terharu melihat keadaan Fatimah. Maisara percaya Nisha tidak bersalah, tetapi dia bimbang Nordin akan melakukan lebih dari itu kepada mereka berdua. Nisha berjumpa dengan Nordin.

(Visited 202 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *