Lagi-Lagi Senario (2001)

Tajuk : Lagi Lagi Senario
Tahun: 2001
PELAKON : Senario, Wardina Safiyyah, Aini Maiyuni, Accapan, Robert Kong, Osman Kering, Syanie

SINOPSISLagi Lagi Senario

Wahid (Wahid Senario) seorang pelayan di restoran eksklusif dipecat oleh majikannya apabila pelanggan yang dibawanya masuk ke dalam restoran mengkritik masakan yang dibuat oleh ketua chef yang juga merangkap pemilik restoran tersebut.
Setelah gagal mendapatkan kerja setaraf kerjayanya yang lalu, Wahid akhirnya menjadi pelayan di warung Azlee (Azlee Senario). Yassin (Yassin Senario) dan Saiful (Saiful Apek), turut bekerja di warung Azlee. Masing-masing bekerja sebagai pelayan dan penebar roti canai. Warung Azlee popular kerana keistimewaan roti canai buatan Saiful.
Suatu hari, seorang pemuda bernama Mazlan (Mazlan Senario), membuka warung bersebelahan warung Azlee. Mulanya, Azlee tidak berasa tergugat kerana menganggap kehadiran warung baru itu bakal memberi persaingan sihat. Tetapi pendiriannya berubah apabila Saiful mengambil keputusan untuk bekerja di warung Mazlan. Sejak itu warung Azlee tidak lagi mendapat perhatian.
Azlee cuba mencari penebar roti baru tetapi usahanya gagal. Yassin turut mengikut jejak Saiful bekerja dengan Mazlan. Wahid bersimpati dengan nasib Azlee dan berazam memperbaiki keadaan. Dia berlatih menebar roti sendirian. Suatu hari Wahid memberitahu Azlee dia bersedia menjadi penebar roti canai serta menyediakan gimik untuk menarik perhatian pelanggan setia Mazlan. Azlee mengumumkan secara besar besaran bahawa dia akan melancarkan “Roti Canai Terbang Rock & Roll”.
Gimik Wahid dan Azlee menjadi dan warung mereka kembali dipenuhi pelanggan. Sebaliknya warung Mazlan dan Saiful tidak lagi mendapat perhatian. Mazlan mula mengatur rancangan jahat untuk merosak dan menghapuskan perniagaan Azlee. Tetapi anak buah Mazlan (Wardina Safiyah) telah membocorkan rahsia kepada Azlee tentang niat jahat Mazlan.
Akhirnya perniagaan Mazlan telah jatuh merudum dengan teruk. Mazlan telah menjual makanan kepada orang Islam di bulan puasa untuk mendapat keuntungan tetapi telah tertangkap oleh pihak berkuasa. Mazlan tidak berpuas hati dan menuduh Azlee yang menyebabkan dia jatuh. Tetapi dahi Leen berdarah akibat dibaling batu oleh Mazlan semasa dia hendak membaling batu sambil bergaduh. Ketika pertengkaran berlaku datang Saiful memujuk yang dia telah memberi tempat baru untuk mereka berniaga bersama-sama.
(Visited 104 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *