EPISODES:

Meh Sandar Lagi Episod 01

Kadang-kadang, mencintai seseorang itu boleh menyakitkan hati kita sendiri. Perasaan sedih pasti akan melanda jiwa tetapi mungkin itulah pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi kebahagiaan insan kita sayangi. Namun, sejauh manakah anda rela bersabar dan bertahan dengan segala ujian yang menimpa hidup, semata-mata ingin melihat pasangan anda bahagia?

Begitulah nasib Mira Filzah sebagai orang isteri dalam Meh Sandar Lagi, sebuah drama terbaharu kesinambungan drama adaptasi novel popular iaitu Meh, Sandar Pada Aku. Drama sekuel 8 episod ini merupakan terbitan Zeel Production dan diarahkan oleh saudara Kyoll Hamzah.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, “Berikutan dengan sambutan hangat daripada peminat setia drama ‘Meh, Sandar Padaku!’ yang telah bersiaran pada tahun lepas, kami ingin menghadiahkan kesinambungan kepada drama ini khas buat mereka yang masih ingin menyaksikan gandingan hebat Mira Filzah dan Aliff Aziz. Dengan itu, kami berharap para penonton akan menikmati dan terus memberi sokongan kepada drama sekuel ini.”

(Visited 1609 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *