Miss Kapten Cikgu Waiz Episod 03

Khalisha di rumah tukar baju. Kemas baju and ambil uniform kerja. Dia off beberapa hari. Nanti bertolak pergi kerja dari rumah Mak Eton saja. Sempatlah dia mendengar cerita Melisa yang berkongsi nostalgia zaman universiti tentang Sufian dan the geng. Khalisha dapat mengagak yang Sufian ni mesti crush yang ditunggu Melisa sebelum ini. Bila ditanya Melisa hanya senyum. Perbezaan budaya dan agama menghalang. Khalisha pesan, Melisa lebih tahu menilai mana yang baik untuknya. Dia sentiasa sokong apa jua keputusan Melisa. Perjalanan pulang ke rumah Mak Eton. Khalisha hubungi Along tanya keberadaan Along. Marah Khalisha memuncak, bila Along kata dia tak nak masuk campur. Itu hal Mak Eton dan Pak Megat, bukan hal mereka adik-beradik. Sampai di rumah Mak Eton. Pak Megat sedang menenangkan Mak Eton. Kamarul memandang dengan muka menyinga. Mak Eton berkelicau mulut marahkan Pak Megat yang tak sedar diri dah tua tapi nikah dengan Sofea Gebu yang sebaya dengan Khalisha.

(Visited 135 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *