My Sweet Lavender

Terbaru di TV9 drama My Sweet Lavender terbitan Orangetree Production, arahan bersama Bahri Uma dan  Azmi Hatta. Drama 20 episod ini bersiaran setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam.

Klik Disini untuk Tonton Drama

Para Pelakon

Adi Putra, Zara Zya, Aeril Zafrel, Nadia Brian, Ramona Zamzam, Amanda Misbun, Ijoy Azahari, Arel Azimi, Alis Mariya, Haliza Misbun, Aishah Atan, Amir Nafis, Erry Putra, Mahmud Ali Basah, Zila Bakarin , Idzham Ismail, Fana Azizan, Afifah Nasir, Taib Zamannuri, Afifah Nasir, Zalfa Zin, Mubarak Majid.

Sinopsis My Sweet Lavender

Mengisahkan Laila, seorang wanita berusia 25 tahun bertugas sebagai pegawai insurans dan sedang mencipta nama dalam industri ini. Beliau mempunyai seorang kekasih bernama Danish, anak kepada Datuk Azman, seorang tokoh korporat yang terkenal.

Walaupun sedang dilanda percintaan, Danish juga dikaitkan dengan seorang ahli perniagaan bernama Sara hinggakan ada masanya membuatkan Laila tidak selesa dengan situasi ini.

Sara pandai mengambil hati Danish khasnya ibu Danish yang bernama Datin Salmah. Bagi Datin Salmah, Sara adalah calon menantu yang paling sesuai walaupun suaminya, Datuk Azman meragui keihkhlasan hati Sara. Bagi Datuk Azman, Sara mungkin mempunyai agenda yang lebih besar dan menggunakan Danish untuk mencapai impiannya.

Khabar angin yang bertiup kencang tentang hubungan Sara dan Danish menyebabkan Laila berasa tertekan. Untuk menghilangkan stress, Laila ingin mencari kedamaian seketika dengan bertugas selama tiga hari di Kuala Pilah. Dalam perjalanan ke sana, Laila terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kematian seorang wanita yang bernama Kalsom. Tragedi ini telah mengubah kehidupannya.

Dua minggu berlalu dan Laila sedar dengan disahkan dia hilang ingatan. Apabila bertanya, dia mendengar suara seorang lelaki mengatakan bahawa Laila isterinya dan ibu kepada tiga orang anaknya yang bernama Aishah, 17 tahun, Muhammad 10 tahun dan Yusof 7 tahun. Apakah kesudahannya?

Saksikan drama My Sweet Lavender ini setiap Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di TV9.

 

(Visited 310 times, 2 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *