Ops Cinta Din Sardin

Drama terbaharu lakonanan Izzue Islam berjudul Ops Cinta Din Sardin yang bakal bersiaran pada 11 Ogos ini di TV9. Drama 20 episod ini akan bersiaran setiap hari Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam menerusi slot Kelakarama.

Tonton Drama Disini

JUDUL : OPS CINTA DIN SARDIN

EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Ogos 2017
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Kelakarama TV9
SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
TERBITAN : Mache AllStar United Sdn Bhd
PELAKON : Izzue Islam, Mira Filzah, Sasqia Dahuri, Delimawati, Kazaruddin Saisi, Bell Ngasri, Niena Baharun, Syazuwan Hassan, Taufiq Hanafi, Jaja Iliyes, Azhan Rani, Anne Ariffin, Amir Rajalawak, Iswan Ismail, Putra Amaris, Ucop Cecupak, Fetty Dzul, Din Glamour, Ariff Aziz, Afzan A Rahman
WATAK PELAKON 
Izzue Islam sebagai Din Sardin
Mira Filzah sebagai Che Ta
Niena Baharun sebagai Cik Murni
Bell Ngasri sebagai Azam
Delimawati sebagai Mak Lunah
Kazar sebagai Abu Rani
Amir Raja Lawak sebagai Amir
Sasqia Dahuri sebagai Suraya
Syazuwan Hassan sebagai Daud
Taufiq Hanafi sebagai Kamarul
Anne Ariffin sebagai Anne
Jaja Iliyes  sebagai Nini
Azhan Rani sebagai Zack
Iswan Ismail sebagai Iskandar
Ariff Aziz sebagai Tuan Zul
Putra Amaris sebagai Shamsul
LAGU TEMA / OST OPS CINTA DIN SARDIN
Penyanyi : Aesar Mustafa feat Nick Cdrw

Para Pelakon

Izzue Islam, Mira Filzah, Niena Baharun, Kazarudin Saisi, Delimawati, Sasqia Dahuri, Bell Ngasri, Azhan Rani, Jaja DFKL, Amir Raja Lawak dan ramai lagi.

Sinopsis Ops Cinta Din Sardin

Drama ini kesinambungan daripada cerita Din Sardin yang pernah bersiaran di Skrin Di 9. Din yang memang terkenal sebagai mat rempit di kampungnya mula berubah setelah dia jatuh hati pada Che Ta, seorang Pegawai JPJ yang cantik manis. Walaupun Che Ta sudah dimiliki orang lain, perasaan Din pada Che Ta masih tidak berubah. Din nekad untuk menjadi menjadi pegawai JPJ walaupun tidak dapat memiliki cinta Che Ta, asalkan dia dapat bergandingan dan selalu bersama gadis itu pun sudah cukup baginya.

Pada mulanya, Din sudah berputus asa untuk mencari pekerjaan setelah acapkali permohonannya untuk menjadi anggota unit beruniform ditolak sehinggakan dia kembali merempit. Ditimpa kejadian malang akibat kedegilannya untuk kembali merempit menyebabkan dia kehilangan sahabat baiknya, Amir yang ditimpa kemalangan ketika mereka sedang berlumba secara haram. Din nekad untuk berubah dan tidak mahu lagi untuk menjadi mat rempit. Che Ta turut membantu Din untuk berubah dengan menyerap Din menjadi sukarelawan Skuad Muda JPJ dalam kempen kesedaran yang dijalankan oleh JPJ.

Adakah Din akan berjaya menjadi pegawai JPJ seterusnya memenangi hati Che Ta yang sudah menjadi tunangan orang itu? Ketahui kesudahan cita-cita dan cinta Din Sardin dalam Ops Cinta Din Sardin, setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 di slot Kelakarama.

 

(Visited 1648 times, 1 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *