Tauke Jamu Episod 09

Terbaru drama Tauke Jamu bersiaran di Slot Iris TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Drama terbitan A.Aida Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Nazir Jamaluddin.

Para Pelakon

Saharul Ridzwan, Reen Rahim, Faye Kusairi, Dian P Ramlee, Sabhi Saddi, Fana Azizan.

Sinopsis Tauke Jamu

Cinta Dazril dan Gia terhalang kerana ibu Gia, Dr Suraya. Dr Suraya fikir Dazril tidak layak untuk anaknya kerana pekerjaan lelaki itu hanyalah menjual jamu tradisional. Dazril rasa tercabar dengan kata-kata Dr Suraya dan menjadikan tohmahan itu satu motivasi untuk dia bekerja lebih keras. Dazril mahu membuktikan kepada Dr Suraya bahawa dia layak untuk memiliki hati Gia.

Artikel Berkaitan

Sepanjang tempoh enam tahun bergelar anak seni, sudah banyak drama popular dibintangi Saharul Ridzwan. Namanya meledak dengan deretan drama seperti Hati Perempuan, Kau Aku Kita dan Seindah Takdir Cinta.

Selepas mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu, momentum pemenang trofi Aktor Pilihan dalam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 itu bagaimanapun menjunam. Dia seakan-akan ‘hilang’ daripada kaca televisyen yang selama ini bersilih-ganti menyiarkan kelibat romantiknya.

Di sebalik ‘kehilangan’ sementara yang menerbitkan kerinduan ramai pemujanya, pemilik nama lengkap Mohd. Saharul Ridzwan Hashim itu sebenarnya sedang mengerah keringat di lokasi penggambaran.

Bukan satu, sebaliknya lima buah drama bersiri lakonannya sedang menanti waktu tayangan dan yang pasti ia akan mengembalikan semula kehangatan Saharul di mata peminat.

“Sebenarnya, ia bukan tentang saya sudah jarang muncul di kaca televisyen tetapi kebanyakan drama lakonan saya belum ditayangkan. Sepanjang tahun lalu, saya terlibat dalam banyak drama tetapi tarikh tayangan semuanya pada tahun ini. Tahun lepas saya banyak bekerja, sebab itu orang ingat saya berehat,” jelas Saharul.

Tambahnya: “Untuk tahun ini sahaja, ada lima buah drama bersiri baharu lakonan saya bakal ditayangkan iaitu bermula April hingga Jun nanti. Jadi, kepada peminat yang bertanya apa produk terbaharu saya, nantikan kesemua lima drama tersebut ditayangkan berturut-turut,” jelas Saharul mengulas tempoh sepinya daripada kaca televisyen.

Menjelang April nanti, Saharul bakal muncul dengan drama berjudul Tauke Jamu siaran TV3 dan Setia Menunggumu (HyppTV), diikuti dengan drama Arluna dan Kampus yang akan disiarkan di Astro pada Mei.

Jangan lupa saksikan drama Tauke Jamu yang bersiaran 20 episod di TV3.

(Visited 70 times, 3 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *