Terima Kasih Ramadhan

Terima Kasih Ramadan” mengangkat kisah kekuatan kasih sayang antara MARIA, 30 TAHUN, dan suaminya ISKANDAR, 30 TAHUN, yang tetap utuh meski tidak dikurniakan zuriat sepanjang 6 tahun mengemudi bahtera rumah tangga . Dek kerana ejekan dari kawan-kawan Maria dan keluarga Iskandar membuatkan Maria merasa dirinya tidak sempurna. Rumah tangga mereka hampir musnah yang berpunca dari Maria sendiri yang selalu curiga dan cemburu dengan Iskandar. Iskandar kecewa kerana Maria tidak sedar yang kasih dan cintanya hanya untuk Maria hingga ke syurga. Namun, kesunyian dan kesedihan Maria terubat dengan keletah seorang budak lelaki RAMADAN, 8 TAHUN, yang ceria dan baik hati serta setiap hari mengambil upah mencuci kereta di pejabat Maria. Maria kagum melihat semangat dan kerajinan Ramadan. Dia tidak seperti kanak-kanak lain yang asyik bermain. Di usia muda, Ramadan nampak matang, berdikari dan pandai mencari wang sendiri.
(Visited 208 times, 5 visits today)

You might be interested in

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *